Friday 22 April 2011

belakang aku sakit kembali.....

Ada cerita kata orang anugerah tuhan tu sakit kembali tulang belakangnya..pelik juga ye...masa kat London dan Osaka tak sakit pulak tulang belakang dia...balik je ke sini dia sakit pulak...berpimpin  berpapah nampaknya...samalah situasi semasa dia di dalam SANA dulu...berpimpin berpapah nak pergi ke mahkamah...padahal sehat waalafiat...

Memang betul-betul hebat orang anugerah tuhan ni...agaknya nak mengelak dari masuk mahkamah la tu...dapat la alasan sakit...boleh tangguh lagi kes nya...rakyat akan kata...kesian kat dia...jom kita bela dia...jom kita sokong dia...jom kita buat reformasi...tu kata orang yang mudah kena tipu...orang yang pandai tak akan kata demikian...agaknya dia nak buat lakonan semula yang bertajuk reformasi 1998...tapi kali ni berjaya ke?...rakyat percaya ke?...

Sudah la berlakon tu...jadi lah sikit-sikit lakonan tu...tak sakit kata sakit...sehat kata sakit...sekali Allah taala tarik semua nikmat yang ada baru tahu...nak sangat sakit...berlakon sakit untuk simpati...apa lagi puak-puak berkepiah putih berjubah labuh berjanggut panjang...buat la solat hajat untuk tunjukkan sapa salah sapa benar...insyaallah Allah akan makbulkan...tok guru terhebat sila lah buat pengumuman untuk buat solat hajat tu...kita tengok sapa yang salah sapa yang benar...dan jangan lupa suruh orang yang sakit tu buat sumpah muhabalah...mudah-mudahan Allah akan beri petunjuk...tapi...ada berani ke dia?...di harap puak-puak penyokong tok guru terhebat dengan puak-puak orang yang tengah sakit tu bagi la cadangan pada depa berdua tu...

Apo nak di kato jang oiii...engkau percayo...engkau kono tipu lah jaweb nye...engkau ado otak engkau pikir lo sendiri yo...waallahualam...


Thursday 21 April 2011

lagu: kejor yop kejor

CERITA KEDAI KOPI...

Ada cerita menarik minat mereka yang ingin tahu dan paling penting mesti berfikir secara waras. Cerita ini asalnya diceritakan sesama puak dan kaum kerabat berkenaan namun ianya telah menjadi satu cerita menarik termasuk bercerita di kedai kopi...jadi cerita ini umpama 'cerita kedai kopi heii..cerita kedai kopi..makan makan tak makan makan..' lagu kumpulan rap terkenal tu...tapi cerita ini bukan nak cerita pasal kumpulan rap tu...ini nak cerita pasal org yang paling glamour kat Malaysia...bukan glamour kerana kebaikan tetapi kerana skendalisme dan sexmaniacrisme (bahasa baru agaknya)...

Dia kata tak buat...tak buat..tak buat..berpuluh kali tanya masih mengaku tak buat..sampaikan dia benggang la bila ditanya soalan buat ke tak...kalau betul la dia baik dan beriman orang nya apa salahnya dia ikut cara Islam...sebab dia orang Islam...dulu pun dia pernah menjadi pemimpin satu pertubuhan Islam...hebat berceramah dan berkhutbah...kata Bekas Mufti sebuah negeri...kalau betul tak bersalah bersumpah lah...sumpah mubahalah..Waallah hi..Wabillah hi..Wataallah hi..tetapi tak jugak dibuatnya...masih pusing ayat sana ayat sini...cerita sana sini...dia tak salah...dia tak buat...konspirasi UMNO untuk jatuh kan dia...waduhhhh pakkk N..jangan bilang gitu dong...usah malu-malu dong...ngaku saja ya pak...lagi boleh tambahkan dosa saja...

Cerita ini disampaikan juga oleh puak-puak dan orang menyokong nya...yang boleh berfikir secara waras, yang boleh mengetahui mana halal mana haram, yang boleh bisa lihat video ini melalui penyokong setianya...TETAPI mereka pun kata tidak...terangkat lah kepiah putih, terselak lah jubah labuh, tercabut lah serban besar, tergugurlah janggut panjang mereka ini bila kata tidak sedangkan ianya realiti bukan konspirasi...mana lah pegi iman mereka ini yang masih mempertahankan orang yang bersalah...seolah-olah menghalalkan yang haram, membenarkan yang mungkar, mempermudahkan yang maksiat...udahlah mereka ini kufur nikmat, menentang kerajaan yang berjasa pada rakyat, namun masih lagi tidak percaya kepada apa yang berlaku di depan mata...sebab nya, mungkin mereka ini nak sangat kuasa seperti firaun, mungkin nak sangat harta seperti qarun...penyudahnya tertimbus di bumi dan tengelam di laut agaknya...wal'ayazubillah jauhkan dari diri ku ini untuk bersifat seperti mereka...

Jelas sudah yang menyuruh dia ini bersumpah bukannya calang-calang orang...Bekas Mufti...Trio T...Bekas Ketua Pemuda dia kat sebelah pantai timur...tu pun masih tak nak bersumpah...kalau betul dia tak buat...masih tak nak bersumpah...dan penyokong masih percaya dan memuja bahawa dia tak buat...apa kata kalau penyokong-penyokong yang bersumpah...tengok cerita tu beramai-ramai dan bersumpah mubahalah yang menyatakan apa yang ditengok cerita itu bukan dia orang nya...ada berani?...cubalah resepi baru ni...pasti seenak rasa...

Isterinya dan anaknya sungguh sopan santun...bertudung lingkup...tetapi sampai bila nak menegakkan benang yang basah...isteri dan anak WAJIB mengikut arahan suami dan bapa, mengikut apa yang disuruh tetapi bukan yang salah...selagi arahan suami atau bapa yang tidak menyanggah dengan hukum dan syarak Allah...kalau dah melanggar hukum dan syarak Allah WAJIB kita jauhi dan tidak patuhi...renung-renungkan bersama...ye kak W dan adik N...

Ada kat blog rakan-rakan blogers tulis yang cerita tu benar dan sahih dia orangnya...pakar dari Korea mengesahkannya...tak tahulah samada benar atau salah...tetapi bila dah pakar mengesahkannya dia adalah orangnya berdasarkan terperincinya saiz tubuh badan beliau...jadi, kita ada otak...kita pikirlah sendiri...lu ada baca...lu ada sekolah...lu pikirlah...

Dulu ada cerita heboh diperkatakan dalam media, internet, kedai kopi malahan kedai bawang merah bawang putih pun cerita pasal hal ini kata bahawa orang no 1 ada konspirasi pembunuhan seseorang...beliau mengaku tidak terbabit dan tidak kenal siapa orangnya...tetapi masih mereka ini kata 'kau yang buat'...Allah Maha Besar...Allah Maha Kaya...Allah Maha Kuasa...beliau bersumpah mubahalah di sebuah masjid...alhamdulillah beliau selamat dan sihat sampai sekarang...tidak ada apa yang kecelakaan berlaku pada beliau...ini kerana beliau berada di pihak yang benar...kata orang...berani kerana benar...takut kerana salah...sebab tu dia ni macam-macam alasan yang diberi bila suruh bersumpah...sampai bila nak lari...bak kata orang tua-tua...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...tengok ajalah apa yang bakal menimpa nasib dia...

Dia boleh lari sampai kemana-mana kat dunia ni...lari bukan ikut sunnah nabi...nabi kata 'tuntut lah ilmu sampai ke negara China'...tapi dia lari kerana nak selesaikan masalah nya tu...terlampau banyak sangat konspirasi yang dia buat...terlampau banyak janji sana janji sini yang dia buat...16 september dah lama berlalu...tapi...apa pun tarak...lari lah sejauh mana pun kat dunia ini...TETAPI ingat...dari Allah kamu tak boleh lari...Allah tahu apa yang kamu buat walaupun sebesar kuman...

Letih membebel dan bercerita...namun ada yang percaya kembali ke pangkal jalan...ada juga yang masih sesat dalam hutan banat...yang sesat tu carilah jalan pulang seelok-eloknya...janganlah masih duduk dalam hutan yang boleh buat kita sesat dan menyesatkan...kata lagu pulang 'pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama...' waallahualam...

Tuesday 19 April 2011

Gemuk tu salah cikgu jugak ke?

Berita ada keluar tentang masalah kegemukan murid-murid sekolah...wahhh susah tu nanti bila murid-murid ni dewasa...makin kuranglah atlit negara kalau semuanya lebihan lemak di pinggang dan di perut...tindakan perlu di lakukan segera supaya masalah kegemukan ini dapat di kurangkan...

Yang menjadi peliknya...apa saja masalah berlaku dengan murid-murid...apa saja program yang dirancang tidak melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran formal... guru-guru menjadi bebannya...kenapa setiap masalah yang berlaku pihak Kementerian Pelajaran diberi tanggungjawab...Jabatan Pelajaran Negeri diberi tugasan...Pejabat Pelajaran Daerah diberi arahan...pihak sekolah diberi mandat...yang teruknya guru-guru terpaksa melakukan perlaksanaannya.

Guru terlampau banyak diberi bebanan tugas...sehinggakan sampai tugasan perkeranian pun guru juga kena buat...tugasan utama guru adalah Proses Pengajaran dan Pembelajaran bukannya menjadi kerani, tukang kebun, tukang buat gelanggan, tukang buat balapan di padang...tetapi oleh kerana sifat guru semulajadi untuk mendidik dan membimbing maka guru-guru berkorban apa sahaja demi kebaikan murid-murid...janganlah sampai tugasan kementerian lain diberi juga kepada guru.

Masalah lebihan makan sampai kegemukan itu bukan masalah guru...sebenarnya masalah ibubapa...kalau ibubapa mengawal dan mengamalkan makanan seimbang...kegemukan tidak menjadi masalah kepada semua...guru dengan murid hanya ada 6 jam di sekolah...lagi 18 jam tentulah bersama ibubapa...kenapa asyik tertumpu di sekolah sahaja...kenapa tidak meng'kaunseling'kan ibubapa dan beri ilmu pada mereka tentang makanan seimbang...kementerian yang terlibat tentulah Kementerian Kesihatan...bukannya Kementerian Pelajaran...guru bukan doktor untuk tau secara terperinci tentang itu dan ini...

Kadang-kadang guru-guru ini terlebih loading nya menyebabkan ada yang terganggu mental nya...apa sahaja program baru..libatkan guru...tumpu di sekolah...walaupun bukan masalah guru 100%...kesian lah dekat guru-guru Malaysia ni...mereka dah over load dah dengan tugasan harian...kadang-kadang terpaksa berjaga dan tidur lewat untuk menyiapkan tugasan mereka...itu tidak kira lagi bila bawa murid keluar untuk sukan, persatuan atau unit uniform...malam balik nya..guru bukan ada overtime seperti pekerja kilang...tambahan pula claim bukan seperti dulu..dulu 70 sen sekilometer sekarang 20 sen je...lebih duit poket sendiri keluar dari claim yang dapat...entahlah...nasib...nasib..orang lain terang guru yang terbakar macam lilin.

Friday 15 April 2011

Jam itu Masa...Masa itu Jam

Zaman sekarang ini serba canggih..masa amat penting buat semua...terkejar-kejar mengejar masa..sikit-sikit tengok jam...sikit-sikit tengok jam..tapi ada satu masa jam pulak hilang...aduhh problem tu..dah tak dapat tgk masa.

Jam tu bukan jam sebarangan..jam tempah khas..bkn boleh beli kat kedai jam biasa..berjenama pulak. macam mana nak cari jam tu ye..susah betul sb orang asyik bertanya jam..asyik bertanya jam..banyak jam lain yang ada kat dunia ni...jam itu jugak depa nak tanya..susah betul nak jawab.

Kalau jawab jam tu hilang..nanti kantoi la pulak..kalau jawab jam tu ada...depa nak tengok...susah betul lah macam ni..jawatan nanti hilang, populariti pun nanti hilang, mcm mana nak jadi pemimpin no 1 pulak ni...org yang dipercayai sudah hantam dari belakang...dulu dia lah menjadi mata pena sekarang dia dah jadi mata pisau...susah macam ni nak menang pemilihan ke 13 nanti..kantoi la nampaknya...

Sekutu-sekutu yang lain udah bising..macam mana nak buat...ada ketika di Serawak masa sembang-sembang kena halau..aduhai kantoi macam ni...tambahan pula org terkenal datang ke Serawak menyebabkan nanti terkantoi..terlondeh semuanya..sebelum terkantoi..terlondeh..baik cabut lari...

Ntahla korang semua...macam-macam hal tentang jam tangan ni...susah betul..nak jadi pelakon pun susah...dulu minat lelaki pun susah...masalah tak selesai lagi...ntah lah korang semua..pening nak pikir sebab nak menang jadi orang no 1 negara ni...

Tuesday 5 April 2011

NAK KEMPISKAN PERUT TAK?

Sudah lama tak menulis..bukan kerana malas, bukan kerana bosan, bukan kerana tak de idea tetapi kerana terkejut dgn pendedahan yg dibuat oleh rakan-rakan blogers yg aku tabik dengan depa. terpancar kat screen laptop aku satu cerita yg menarik minat sesiapa saja yang tengok..satu cerita tentang orang terkenal dan pernah menjadi idola aku satu ketika dulu..tapi kini tak dah...rugi matematik jadikan dia idola..eeee takut aku..tak kuasa i u..blogers ni patut aku puji kerana depa pakai kata orang dulu-dulu 'berani kerana benar..takut kerana salah'.

Bila dilihat dan diperhatikan betul-betul dengan perbandingan bentuk rupa rambut, muka, susuk tubuh dan cara jalannya...maka..betul kata orang 'dia' lah orangnya atau adakah adanya pelanduk dua serupa ataupun ada ke kembar 'dia' ni?..setahu aku, dia ni tak de kembar dan tak ada pulak sapa-sapa yang sejibik dengan dia ni..ermmmmmm...tapi orang rumahnya, anaknya, rakan sealiran fahaman dengan nya kata dia bukan...ehhh kenapa pulak depa kata bukan...kan polis tengah siasat sekarang ni...polis pun tak kata ye atau tidak...sabo la yong yob oiii..

Dulu ada aja kes depa heboh tentang surahanjaya diraja...surahanjaya diraja...asyik-asyik suruhanjaya diraja...tapi bila diusulkan tubuh untuk suruhanjaya diraja untuk cerita pendek bertajuk 1.47 saat ni depa tak nak pulak..depa kata polis tengah buat siasatan...aittt pelik aku bila mana, depa boleh percaya pulak pada polis sedangkan dulu depa kata polis ni 'hantu' kerajaan...polis banyak buat konspirasi...polis buat salah itu dan ini...percaya ke kome-kome semua pada siatan polis tu...tak takut la pulak kome-kome pada konspirasi ye...

Ntah apa lah nak jadi dengan bekas idola aku ni...kes ehemm ehemmm tak habis lagi...kecoh dulu pasal DNA..sekarang meletop pulak kisah menjadi pelakon...makin glamour la orang anugerah tuhan ni...kome-kome yang baca apa yang aku tulis ni...fikirkanlah..mana yang baik mana yang buruk...jangan dengar kata sebelah pihak..dengar kedua-dua pihak...lepas tu pakai akai fikir...mana betul mana salah...bagi aku, yang salah tetap salah yang betul tetap betul...yang haram tetap haram...jangan nak dihalalkan pulak apa yang haram tu..dosa...waallahualam..

Tuesday 29 March 2011

Tarian Poco-Poco hukumnya?


Hukum telah dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak tentang tarian poco-poco..